Marc Marquez kembali beraksi di GP Aragon!
Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez disahkan akan kembali berlumba hujung minggu ini. Selepas pembedahan ke-4, Marc Marquez menjalani proses pemulihan dengan ketat dan kini segala rawatan susulan menunjukkan perkembangan positif dan Marquez dibenarkan untuk mengambil langkah seterusnya – kembali berlumba.
Objektif untuk minggu ini adalah untuk terus memperbaiki tahap kecergasan Marquez bersama jentera, juga menilai prestasi beliau ketika sesi latihan dan juga perlumbaan.
![](https://litarlumba.com/wp-content/uploads/2022/09/306161486_2428310543995548_5445889896188288135_n-1017x1024.jpeg)
Sumber : TARMAC Sports Malaysia