Search
Search
Petrucci bakal ganti Enea di Le Mans

Petrucci bakal ganti Enea di Le Mans

Setelah Iker Lecuona menggantikan sementara Marc Marquez di perlumbaan dua minggu lepas, kini giliran Danilo Petrucci @ Petrux bakal menggantikan sementara Enea Bastianini untuk perlumbaan di SHARK Grand Prix de France pada 12-14 Mei, hujung minggu ini.

Untuk rekod beliau pernah memenangi litar Le Mans ini pada 2020 dan dalam perlumbaan litar basah. Jadi layak lah digelar ‘Rain master’. Dan jika ditanya mengapakah tidak diberi peluang pada Alvaro Bautista, bagi pandangan min mungkin pasukan Ducati mahu beliau terus kekal fokus pada kejohanan untuk mendapatkan ‘championship point’ di WorldSBK.

Kredit : Two Wheels

LitarLumba