Search
Search
Mana Ferrari & Mercedes?

Mana Ferrari & Mercedes?

“Kemana perginya Ferrari dan Mercedes?”

Itulah yang diungkap oleh Christian Horner, prinsipal Pasukan Red Bull Racing yang menganggap pasukan beliau tidak mendapat saingan langsung dari pasukan-pasukan besar yang lain didalam saingan Formula 1 musim ini.

Bagi beliau, saingan F1 musim ini tidak sehebat mana apabila langsung tidak mendapat saingan yang diinginkan walaupun kesemua pasukan melalui masa rehat yang sama dan bajet yang lebih ketat sebelum bermulanya musim 2023.

Musim 2023 baru sahaja bermula namun adakah ungkapan Horner ini agak keterlaluan atau ternyata pasukan beliau tidak mendapat tentangan seperti yang diharapkan. Sama-sama kita nantikan pusingan seterusnya.

📷 F1

Kredit : Two Wheels

LitarLumba