KTM Ikut Langkah Aprilia Bermula 2023
KTM yang sertai MotoGP pada 2017 hanya mengambil masa dua tahun sebelum jalin kerjasama dengan Tech3 pada 2019.
Selama 6 musim dalam kelas premier, KTM cipta pelbagai kejayaan bersama dengan pelumba Miguel Olivera dan Brad Binder tetapi KTM masih jauh jika kita bandingkan dengan beberapa pengeluar lain seperti Ducati atau Aprilia.
Kumpulan CEO KTM, Stefan Pierer cukup teruja dengan pendekatan yang dibawa oleh Aprilia semenjak kehadiran CEO mereka yang baru, Massimo Rivola.
“Aprilia gunakan pengalaman dalam F1, bos baru mereka sangat bijak dan saya sukakan pendekatan yang beliau bawa. Dia datang dari F1 dan bawa banyak pengalaman terutama berkaitan aerodinamik. Saya yakin ini akan beri lebih saingan kepada pengeluar dari Eropah. Saya mahu berada diatas jenama Jepun.”
“Tahun hadapan kami akan masukkan beberapa staff dari F1. Kami bertuah dengan adanya hubungan baik dengan Red Bull sebagai pasukan yang Berjaya, kami tak perlu risau mana satu kami perlu pilih.”
“Red Bull mempunyai beratus juruteknik aerodinamik dan pengalaman yang begitu banyak. Itu antara kunci kami untuk 2023.” – Stefan Pierer
Red Bull Pada ketika ini mendominasi sukan F1 dengan prestasi konsisten Max Verstappen yang mendahului jumlah 93 pungutan mata dihadapan rakan sepasukan Sergio Perez.
Red Bull KTM Factory Racing kini mempunyai dua pelumba yang berpengalaman, Brad Binder dan Jack Miller untuk musim 2023 dan mereka mempunyai rekod yang baik dan tiada masalah untuk hadir ke podium di setiap pusingan.
Sumber : TARMAC Sports Malaysia