Search
Search
Franco Morbedelli ajak Yamaha rapatkan jurang dengan Ducati

Franco Morbedelli ajak Yamaha rapatkan jurang dengan Ducati

Morbidelli mula bercakap positif. Jika sebelum ini beliau banyak beri kritikan kepada Yamaha, namun tidak kali ini. Ini mungkin semangat baru untuk pasukan Yamaha setelah Sprint Race.

Namun untuk Franco Morbidelli hasil hari Sabtu seperti permulaan musim baru yang baik apabila berjaya bermula di tempat keempat dan ini juga sesi kelayakan terbaiknya sejak di GP Perancis 2021.

Ini merupakan kali pertama dia mengatasi rakan sepasukan Fabio Quartararo sejak Sepang 2022. Dia menamatkan P4 dalam Sprint dan pada hari Ahad beliau sasar untuk mengambil podium pertamanya sejak Sepanyol pada 2021 dan kemenangan GP pertama sejak Valencia 2020.

Selepas sahaja Morbidelli tamatkan perlumbaan Sprint, beliau disambut oleh seluruh pasukan seolah-olah satu signal kebangkitan beliau yang berpanjangan.

“Hari ini, ia adalah permulaan yang baik dengan pesaing utama. Itu adalah perasaan yang bagus. Saya cukup gembira. Keputusan ini diberikan kepada pasukan, mereka benar-benar layak menerima suntikan tenaga yang baik ini. Saya pasti kami kini akan berusaha untuk membersihkan jurang kepada pasukan hadapan.”

Franco juga tegaskan beliau mahu bekerjasama lebih dari biasa dengan Fabio dan merasakan perbezaan antara mereka terlalu sedikit pada ketika ini.

“Perbezaan antara saya dan Fabio sangat kecil, tetapi perbezaan antara kami dan Ducati sangat besar.” – Franco Morbidelli.

Kredit : TARMAC Sports

LitarLumba