Search
Search
Doakan saya – Damok

Doakan saya – Damok

Race Day!

Damok akan bermula pada kedudukan ke-20 daripada 28 pelumba. Namun apa yang kita boleh fahami sebelum perlumbaan pusingan ke-2 Moto3 di Termas?

Damok catat masa 1’52.6040 pada Practice 1 dengan jarak antara Ayumu adalah 2.830. Pada Practice 2, beliau catat masa paling terbaik dalam semua sesi dengan 1’50.4720 sekali pun berada pada kedudukan ke-20 dan jarak antara pelumba depan lebih dekat dengan 1.875 saat.

Pada sesi P3 hari Sabtu, keadaan litar basah, Damok hanya catat masa 1’57.1550 dengan jarak antara Fenati adalah 3.280 saat. Peluang untuk Q2 dalam sesi Q1 terlepas apabila hanya berada pada kedudukan ke-6 dengan jarak 0.750 saat berbanding Ivan Ortola dan catatan masa pada Q1 yang dicatat oleh Damok adalah 1’50.784.

“Syukur alhamdulillah kepada pasukan saya yang telah bertungkus lumus untuk siapkan jentera saya dan mencari setup yang terbaik untuk saya. Pada Practice 3 keadaan trek agak basah dan sukar untuk buat masa lebih baik. Namun setup pada waktu hujan lebih bagus dan ada peningkatan. Untuk perlumbaan saya akan bermula pada kedudukan ke-20 dan terus mencari setup yang lebih baik bersama pasukan. Doakan saya.” – Syarifuddin Azman

Perlumbaan Moto3 akan bermula pada jam 10 malam waktu Malaysia dan orang boleh semak jadual di semua platform media sosial kami. Saksikan dan sama-sama beri sokongan kepada Damok untuk pusingan kedua di Termas de Río Hondo.

Kredit : TARMAC Sports

LitarLumba