Search
Search
Marc Marques tidak akan beraksi di GP Argentina

Marc Marques tidak akan beraksi di GP Argentina

Juara Dunia 8-kali, Marc Marquez akan terlepas pusingan GP Argentina hujung minggu ini susulan insiden kemalangan bersama Miguel Oliveira di GP Portugal semalam.

Marc Marquez disahkan patah tulang metakarpal pertama pada tangan kanannya dan apabila kembali ke Sepanyol untuk pemeriksaan lanjut, Marc Marquez disahkan mengalami patah intraartikular yang berubah tempat pada pangkal metakarpal pertama ibu jari kanan.

Marc Marquez segera menjalani pembedahan di Hospital Ruber Internacional di Madrid dengan Dr. Ignacio Roger de Oña yang mengetuai pasukan – juga terdiri daripada Dr. Samuel Antuña dan Dr. Andrea Garcia Villanueva.

Pembedahan itu adalah untuk mengurangkan ruang kepatahan dan turut dimasukkan dua skru pada bahagian tersebut.

Marc Marquez dan Pasukan Repsol Honda telah memilih untuk tidak bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu di Argentina untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan dan tiba di pusingan akan datang dalam keadaan terbaik.

📸 : HRC
Kredit : TARMAC Sports

LitarLumba