War of Aero!
Semalam pasukan Yamaha turut menguji aero di jentera ketika sesi ujian pra-musim di Portimao. Jika dibandingkan dengan pasukan lain, aero buat pasukan Yamaha paling jelas kelihatan dan kelihatan seperti ‘spoiler’ pada jentera.
Namun, menurut Fabio Quartararo, beliau tidak merasai perubahan ketara ketika menguji jentera tersebut bersama penambahan aero, dan beliau rasakan bahagian tersebut tidak akan digunakan untuk perlumbaan musim 2023.
“Maksud saya (aero tersebut), tidak lah teruk atau lebih baik, tetapi saya rasa kami tidak akan gunakannya (untuk perlumbaan)”.
: motomatters / David Emmett
Kredit : TARMAC SPORTS