Search
Search
WSBK: Hafizh Syahrin Belum Putuskan Namun Telah Terima Tawaran Kontrak Untuk Musim Hadapan

WSBK: Hafizh Syahrin Belum Putuskan Namun Telah Terima Tawaran Kontrak Untuk Musim Hadapan

WSBK: Hafizh Syahrin Belum Putuskan Namun Telah Terima Tawaran Kontrak Untuk Musim Hadapan

“Saya akan berangkat ke Barcelona dalam masa terdekat dan persediaan untuk perlumbaan seterusnya saya cuba kekalkan fokus dari segi latihan. Trek ini pun salah satu trek kesukaan saya dan akan cuba yang terbaik walaupun pakej yang ada agak sukar untuk beri saingan dihadapan tetapi apa-apa boleh berlaku dalam perlumbaan. Saya akan cuba untuk ‘fight’ untuk mata sekali lagi.”

Dalam pada itu Hafizh mengakui telah terima tawaran kontrak sekurang-kurangnya setahun lagi kontrak bersama pasukan MIE Racing namun masih mencongak-congak sama ada mahu kekal atau tidak atas beberapa faktor positif seorang pelumba.

“Persediaan untuk tahun hadapan, MIE Racing ada ‘offer’ saya untuk kontrak tahun hadapan tetapi saya belum buat keputusan untuk sambung tahun hadapan atau beralih ke tempat lain. Jadi, untuk tahun hadapan saya belum putuskan lagi apa yang saya nak dan masih berbincang kerana saya perlukan pakej yang kompetitif untuk beri saingan tahun hadapan. InsyaAllah kalau ada perubahan saya akan kekal dan kalau tiada, mungkin saya beralih ke benda lain (berehat atau berlumba di tempat lain).”

Sebagai seorang pelumba, Hafizh masih mengharapkan pasukan dapat memberi pakej yang lebih baik walaupun baki 5 pusingan supaya dapat bersaing di kelompok hadapan dan tidak mahu dikecewakan. Pelumba yang pernah beraksi dikelas tertinggi MotoGP masih yakin dengan kemampuan sekurang-kurangnya berada di kelompok sepuluh terbaik.

Hafizh yang akan berlumba bagi pusingan ke-8 daripada 12 pusingan di Circuit de Barcelona, Catalunya hujung minggu ini tetap akan beri yang terbaik malah letakkan fokus yang sama sehingga penghujung musim 2022.

Pusingan 8 WorldSBK akan diadakan pada 23-25 September di litar yang mempunyai panjang sekitar 4.657km dengan 14 selekoh (kanan 8 dan kiri 6).

Sumber : TARMAC Sports Malaysia

LitarLumba